Mastering Excel Class – Formula & Function
25 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas ICT bertemakan Mastering Excel – Formula & Function di bilik latihan PI PPR Batu Gong. Kelas ini bermula pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan telah disertai oleh belia sekitar PPR Batu Gong yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Aktiviti ini bertujuan menilai tahap pemahaman dan kemahiran penggunaan Microsoft Excel.
Peserta diminta untuk membuat satu senarai nama pelajar dan markah ujian di dalam 1 sheet excel seperti yang telah disediakan oleh penyelia. Seterusnya, mereka dikehendaki untuk membuat lima sheet seterusnya yang dinamakan sebagai BM, BI, MATH, SEJ dan GEO. Di sheet terakhir, peserta mengumpul semua markah keseluruhan mengikut nama peserta dengan memasukkan gred yang diperolehi mengikut subjek.
Di bahagian ini, peserta diajar untuk menggunakan formula yang terdapat di Ms. Excel sekaligus menerangkan fungsi setiap formula tersebut. Pada kelas kali ini, peserta didedahkan dengan tiga(3) jenis fungsi iaitu sum, average dan if untuk membuat hubung kait antara setiap sheet di bahagian gred dengan markah keseluruhan untuk penjanaan secara automatik.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Melatih peserta dalam penggunaan Ms. Excel secara menyeluruh dan berterusan
- Menilai tahap kemahiran peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan menggunakan Ms. Excel
- Mendedahkan peserta dengan penggunaan Formula & Function
- Mengetahui cara penggunaan Formula & Function di Ms. Excel
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: