Kelas Individu - Ms Word

17 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong menerusi inisiatif penyelia telah menjalankan kelas ICT secara individu atas permintaan peserta sendiri. Kelas yang telah diadakan selama dua jam itu berkongsi serba sedikit tentang asas penggunaan ‘Ms. Word’ dalam menghasilkan borang soal selidik.

Di awal kelas, peserta diberikan sedikit pengenalan berkaitan dengan asas ‘microsoft word’ seperti cara menggunakan butang ‘ribbon’, cara menggunakan simbol, cara memasukkan bentuk dan juga cara menukar saiz dan jenis tulisan. Seterusnya, peserta dibawa menaip borang soal selidik yang telah disediakan oleh penyelia secara ‘hands on’ untuk dengan harapan beliau mampu menguasai langkah-langkah yang telah diajar untuk memahirkan beliau menggunakan ‘Ms. Office’.

Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas adalah;

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali