Jemputan Kerjasama Hari Terbuka Pusat Internet Kg. Braang Bayur 2019

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019, Pusat Internet PPR Batu gong telah dijemput untuk bekerjasama melaksanakan hari terbuka Pusat Kg. Braang Bayur. Turut menjayakan Hari terbuka tersebut adalah PI Quop, PI Sungai Bandung dan PI Bengoh. Tujuan Hari terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosi pusat internet, menjalin hubungan antara penduduk setempat dan mendekatkan penduduk kampung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah dan tayangan video Advokasi KDB, taklimat MyFreeview, pertandingan Kuiz ICT dan Kemerdekaan, pertandingan mewarna, pertandingan Cabaran Maggie Pedas Giler dan pertandingan Slow Motorcycle Race. Hampir semua pertandingan mendapat sambutan pengunjung. Seramai hampir 55 orang pengunjung hadir dalam hari komuniti ini. Acara dimeriahkan dengan cabutan tiket bertuah sumbangan pusat internet. Ribuan terima kasih kepada yang penduduk kampung yang sudi hadir memeriahkan hari komuniti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali