Hari Terbuka Aidilfitri Pusat Internet Dahlia
1 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 June 2019 (Ahad), Pusat Internet PPR Taman Dahlia mengadakan Hari Terbuka Aidilfitri Pusat Internet Dahlia. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara Komuniti Taman Dahlia dan komuniti luar juga. Selain itu, mengajak mereka belajar tentang internet dan komputer. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah pertandingan Kad Raya Kreatif ICT, Sampul Raya D.I.Y, Magic Hand Typing, Wooden Puzzle Dan Taklimat KDB Dan Advocacy.
Selain itu, Kursus Pengendalian Makanan juga dijalankan untuk para usahawan yang ingin mendapatkan siil. Selain itu juga, antara aktiviti sokongan bagi merancakkan lagi majlis ialah Cabutan Bertuah dan Pakaian Raya Havoc. Kami berharap dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pusat internet dengan penduduk setempat mahupun penduduk diluar kawasan.
Kebaikan Aktiviti :
- Memberikan pendedahan mengenai maklumat palsu yang banyak berlaku di media sosial dan cara-cara untuk mengetahui maklumat itu benar atau tidak.
- Memberikan pendedahan mengenai cara-cara untuk memastikan barang elektronik yang dibeli adalah betul dan tidak palsu melalui “check your label”.
- Mendedahkan mengenai perkhidmatan/servis yang ada di Pusat Internet.
- Menjadikan mereka lebih kreatif dan dapat menarik minat mereka untuk belajar mengenai ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: