Bengkel Penggunaan Laman Web Usahawan Peladangnita

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu- 23 Mac 2019, Pusat Internet Kg Quop telah mengadakan Bengkel Penggunaan Laman Web untuk Usahawan Peladangnita Kg Quop dan menjemput kami, Pusat Internet PPR Batu Gong untuk menjayakan bengkel tersebut. Persatuan Peladangnita yang terdiri daripada 15 orang wanita daripada Kampung Quop. Bengkel ini adalah anjuran Pihak UNIMAS bersama Pusat Internet Kg Quop yang diadakan di Pusat Internet Kpg Quop selama 8 jam bermula 9 pagi sehingga 5 petang.

Tujuan bengkel ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui bengkel ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua peserta Kampung Quop dan maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak. Para peserta diingatkan supaya menggunakan peluang kemahiran dan pengetahuan Bengkel 'Online Marketing' dan Asas Keusahawanan ini dengan sebaik-baiknya untuk direalisasikan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali