Kelas Membuat Poster Menggunakan Apps Poster
4 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2019, Pusat Internet PPR BT GONG mengadakan Kelas Membuat Poster menggunakan Apps Poster (9 tahun -13 Tahun). Aktiviti ini bermula pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat.Aktiviti ini bertujuan mengajar cara-cara untuk menyimpan gambar dan menyunting gambar menggunakan Apps Poster .Mendedahkan kepada peserta mengenai icon-icon yang dapat dimasukkan ke dalam hasil kerja yang mereka buat untuk menghasilkan poster yang lebih keratif dan cantik.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Melatih pelajar untuk memindahkan gambar dari internet ke dalam apps poster dan menyimpan hasil kerja mereka dengan lebih sistematik.
- Memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara untuk memindahkan gambar dari internet ke dalam apps poster. Pelajar juga diajar untuk menyunting gambar agar lebih tersusun dan menarik. Selain itu, pelajar juga sentiasa diingatkan untuk menyimpan hasil kerja ke dalam file sendiri bagi memudahkan mereka untuk membuat sebarang kemaskini
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak. Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: