Kelas Multimedia (Memuat Turun Gambar, Lagu Dan Vedio)

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Batu telah melaksanakan kelas multimedia yang bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan asas multimedia secara digital. Pada kali ini, kelas telah dihadiri sebanyak sembilan (9) orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka didedahkan dengan platform clip converter. Com dan mp3 Juice.com untuk memuat turun file video dan lagu selain cara-cara untuk memuat turun file gambar dari sumber terbuka internet.

Seterusnya, peserta dinasihatkan untuk memilih jenis file dan kapasiti yang disarankan supaya file tersebut dapat dibuka menggunakan perisian yang ada di sesebuah komputer. Untuk latihan, peserta dikehendaki untuk memasukkan gambar, video dan lagu ke dalam jadual yang telah disediakan oleh penyelia menggunakan Ms. Word untuk melatih diri peserta menggunakan Ms. Office secara berterusan.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali