Kursus Keusahawanan Digital Siri 3
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniSabtu- 16 Mac 2019, Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan Kursus Keusahawanan Digital dan menjemput kami, Pusat Internet PPR Taman Malihah, Pusat Internet PPR Batu Gong dan Pusat Internet PPR Taman Dahlia sebagai tenaga pengajar kepada persatuan PBB Wanita yang terdiri daripada 18 orang wanita daripada Kampung Bako Lot.
Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut bersama Pusat Internet Kg Bako yang diadakan di Pusat Internet Kpg Bako selama 9 jam bermula 8 pagi sehingga 5 petang. Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta akan didedahkan dengan asas perniagaan dalam talian, sejarah dan perkembangan industri Keusahawanan.
- Peserta mendapat pengetahuan dalam mengatur dan menyelia “facebook page” dan Whatssap untuk mempromosi barangan yang dijual juga mendapatkan cara menyusun ayat untuk mempromosi barangan yang dijual.
- Dapat mempelajari teknik dan tips dalam menggunakan “copywritting” untuk tujuan menarik minat pelanggan dan sebagainya
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Cara membuat Email
- Cara membuat dan menggunakan Facebook page
- Membuat Logo perniagaan
- Cara pengambilan gambar produk yang betul
- Cara mempromosikan perniagaan secara atas talian
Peserta secara berpasangan membuat dan mengatur “Facebook Pages,Whatssap dan Instagram memandangkan PC di bilik latihan tidak mencukupi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: