Pembelajaran Interaktif Menggunakan Kahoot

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 May 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan kelas yang memberi fokus kepada gabungan multimedia dan e-learning dengan menekankan aplikasi kahoot dan laman web quizizz.com sebagai asas pembelajaran secara sumber terbuka di internet. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas pada kali ini. Objektif utama kelas diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan aplikasi pembelajaran interaktif di internet seperti kahoot.com dan quizizz.com untuk penguasaan subjek pembelajaran di sekolah dan boleh dijadikan sumber ulangkaji mata pelajaran yang lemah.

Untuk aplikasi kahoot, peserta digalakkan untuk mengulangkali secara berkumpulan kerana seseorang pengguna boleh membuat beberapa soalan yang mengkehendaki peserta lain untuk menjawab soalan tersebut dengan menyambung peranti lain dengan peranti admin menggunakan kod yang telah disediakan. Disamping itu, peserta digalakkan untuk mengunjungi laman wek Quizizz.com untuk mengulangkaji serta membuat latihan pengukuhan terhadap subjek yang lemah. Untuk memastikan kempen kesedaran Klik Dengan Bijak dilakukan dengan berterusan, penyelia pusat internet menyelitkan unsur advokasi klik dengan bijak ke dalam sesetengah soalan di kahoot yang disediakan oleh penyelia bagi memberi kesedaran berterusan kepada belia yang hadir.

Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas adalah;

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali