Kelas Ms. Office (Word)

20 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan kelas Ms. Office (Word) dengan peserta cilik yang berumur antara 7-10 tahun. Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta menggunakan papan kekunci sekali gus mengenal kedudukan huruf di papan kekunci selain memberikan pendedahan dan kemahiran menaip secara berterusan. Dalam masa sama juga, peserta didedahkan dengan fungsi short cut key pada papan kekunci untuk memudahkan kerja-kerja menaip. Setelah habis menaip teks yang disediakan, peserta dibawa untuk mempelajari fungsi butang bold, underline dan italic di menu home serta berkongsi tutorial untuk menukar warna tulisan. Pada akhir kelas, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja menggunakan format yang betul agar dapat dikemaskini pada masa hadapan.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali