Online Dokumen (Excel Tutorial)

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 December 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan tutorial individu kepada seorang peserta yang baru mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet PPR Batu Gong. Pada kali ini, peserta didedahkan dengan online dokumen yang dikongsi di internet melalui link yang disimpan di dalam google drive milik seseorang individu dan organisasi. Peserta diberi link untuk dibuka melalui carian google.

Setelah menaip link tersebut, beliau terus dibawa ke landing page dimana dokumen itu disimpan. Untuk mengedit dokumen tersebut, peserta dibimbing oleh penyelia untuk membuka dokumen tersebut menggunakan google dokumen bagi membolehkan ianya diolah. Seterusnya, peserta mengisi maklumat penting ke dalam dokumen tersebut dengan memberikan tumpuan kepada ribbon di bahagian atas dokumen bagi membolehkan peserta menyunting maklumat yang diberikan sesuai dengan garis panduan yang disertakan di dalam dokumen. Selain itu, peserta juga diajar untuk melampirkan sesuatu dokumen ke dalam link yang telah disediakan.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
• Mendedahkan peserta dengan asas dokumen dalam talian
• Berkongsi dengan peserta tentang cara mengolah sesuatu dokumen secara dalam talian
• Peserta mengetahui cara melampirkan sesuatu dokumen secara dalam talian menggunakan link google drive
• Tutorial menyunting dokumen seperti menukar jenis tulisan, saiz tulisan dan warna tulisan dan kedudukan maklumat di dalam online dokumen


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali