Animasi Multiple Pages

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 February 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas Microsoft Office Power Point bersama belia di kawasan PPR Batu Gong. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran asas penghasilan animasi multiple pages dalam satu slaid menggunakan Ms. Power Point. Seramai, tujuh (7) orang peserta telah berjaya mengikuti kelas pada kali ini. Penyelia menyediakan sebuah slaid animasi yang perlu dihasilkan menggunakan Ms. Power Point terlebih dahulu untuk rujukan peserta. Setelah membuat pengenalan dan penerangan berkaitan aktiviti, peserta dikehendaki untuk menghasilkan slaid biasa yang merujuk kepada rukun negara Malaysia dengan bimbingan penyelia.

Setelah siap menghasilkan slaid lima rukun negara Malaysia, peserta dibawa untuk mengolah setiap slaid dengan memasukkan penanda slaid mengikut urutan rukun negara. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menukar warna setiap slaid bagi menonjolkan kepelbagaian warna setelah siap kelak. Selesai mengolah, peserta dibawa untuk menyalin semua slaid dan meletakkannya di slaid pertama sesuai dengan objektif kelas iaitu menghasilkan multiple pages dalam satu slaid menggunakan fungsi animasi. Seterusnya, peserta dibawa untuk membuat animasi menggunakan fungsi line menegak yang membolehkan setiap pages tadi dapat bergerak secara selari dari atas ke bawah di dalam satu slaid sahaja.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri kelas;
I. Peserta dapat mengasah kemahiran menggunakan asas Ms. Power Point secara interaktif
II. Peserta menerima pengalaman baru dalam penghasilan animasi di Ms. Power Point menggunakan fungsi line pada animasi
III. Dengan bimbingan penyelia, peserta mampu mengolah kepelbagaian slaid dan menanda slaid berkenaan menggunakan fungsi group di format bagi menjadikan slaid seperti gambar agar mudah dijadikan sebuah animasi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali