Kelas Individu – Pembangunan Kerjaya

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 February 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas individu atas permintaan belia di kawasan PPR Batu Gong. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran mengisi jawatan kosong melalui e-portal sesebuah agensi pekerjaan seperti e-recruitment sarawak, e-jawatan MPB, Sarawak Energy Successfactory.com dan sebagainya. Kelas bermula dengan aktiviti mengemaskini resume peserta dengan memasukkan data terkini berkaitan diri peserta seperti umur, pengalaman pekerjaan dan pencapaian lain yang diperolehi. Peserta juga diajar berkaitan objektif ringkas yang perlu diletakkan pada resume.

Selain itu, peserta dibawa untuk menyediakan sijil penting seperti sijil akademik, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil penyertaan dalam bentuk pdf dan png untuk memenuhi kriteria sesebuah portal yang mengehadkan saiz dokumen yang perlu dimuatnaik untuk sokongan sesuatu permohonan. Dalam masa sama, penyelia menasihatkan peserta untuk memohon jawatan yang sesuai dengan tahap peendidikan dan kemahiran yang dicapai bagi meningkatkan peluang untuk disenarai pendek untuk dipanggil ke temu duga. Setelah mengisi dan memuatnaik dokumen yang diperlukan, peserta dikongsi dengan cara yang sesuai untuk menulis perihal berkaitan pengalaman kerja dengan memilih ayat yang sesuai dan menarik.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
1. Peserta didedahkan dengan penggunaan laman sesawang ilovepdf.com menerusi sumber terbuka untuk kerja-kerja mencantum dokumen, menukar format dokumen, mengedit dokumen, mengurus pdf file dan mengecilkan saiz dokumen
2. Peserta dapat mengoperasikan Ms. Office word dalam proses mengemaskini resume
3. Peserta mengetahui tips untuk disenarai pendek dalam sesuatu permohonan kerja
4. Berkongsi dengan peserta berkaitan portal kerjaya lain yang terdapat di internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali