Ulangkaji Asas ICT Ms. Word

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 December 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas ulangkaji Asas ICT iaitu Microsoft Word. Kelas ini dilaksanakan untuk memastikan peserta mengingati akan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mengoperasikan Ms. Word dengan sempurna. Terdapat seramai tujuh (7) orang peserta telah menghadiri kelas pada kali ini. Mereka dikehendaki untuk menaip semula petikan yang telah disediakan oleh penyelia dengan memfokuskan kepada beberapa bahagian yang memerlukan peserta untuk menyunting dan bermain dengan penggunaan jenis tulisan, saiz tulisan dan juga warna tulisan agar petikan kelihatan menarik untuk dibaca.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran menaip secara berterusan kepada peserta baru. Tambahan dengan itu, kemahiran untuk menggunakan ruang dan petikan dari keseluruhan bab memberikan nilai tambah kepada hasil kerja peserta.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
• Mendedahkan peserta dengan asas kemahiran komputer secara berterusan
• Berkongsi dengan peserta tentang cara mengolah sesebuah rencana
• Melatih kemahiran menaip peserta
• Penghasilan rencana yang menarik kerana kemahiran penggunaan ruang dan gambar yang sempurna

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali