Kursus Kek Bajet

23 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 December 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kursus usahawan kek bajet. Kelas dihadiri oleh usahawan dan bakal usahawan sekitar PI PPR Batu Gong, siburan. Seramai 14 orang peserta telah berjaya menyempurnakan kursus dengan jayanya. Objektif utama kursus adalah untuk memberi peluang kepada usahawan bakeri dan bakal usahawan yang berminat dalam bidang kek dan dekorasi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut sekali gus dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan para usahawan. Kursus dikendalikan oleh sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan serian iaitu Pn. Kastury Tuty. Antara aktiviti yang dilakukan adalah perkongsian berkaitan proses membuat span kek yang lembut, perkongsian menghasilkan whipping cream untuk coating kek dan juga pelbagai jenis dekorasi kek yang menarik. Diharapkan peserta mendapat manfaat daripada kursus pada kali ini.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kursus:
• Para peserta dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang kek dan dekorasi
• Peserta yang terdiri daripada usahawan setempat dapat meningkatkan sumber pendapatan sampingan
• Peserta juga diberi peluang untuk menjadi usahawan Berjaya melalui penglibatan dengan PI
• Peserta dibimbing secara praktikal untuk menghasikan dekorasi menarik


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali