Tutorial menghasilkan Jadual Waktu Persekolahan menggunakan Ms. Excel
21 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Perkongsian Tutorial menghasilkan Jadual Waktu Persekolahan dengan Ms. Excel menggunakan aplikasi broadcast Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 30 minit. Objektif Aktiviti adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada rakan-rakan FB PIK PPR Batu Gong yang masih bersekolah berkaitan penghasilan Jadual Waktu dengan Ms. Excel. Antara penekanan yang diberikan adalah penggunaan boarder box untuk memberi kemasan kepada setiap kotak dalam jadual, cara membesarkan kotak untuk memuatkan sesuatu subjek, penggunaan jenis dan saiz tulisan yang sesuai dan menggabungkan dua kotak menjadi sebuah kotak yang bersaiz besar. Selain itu, penyelia juga menyarankan penggunaan warna yang berbeza untuk mewakili satu-satu subjek untuk menjadikan jadual nampak menarik. Kelas perkongsian ini telah mendapat 28 reach post, 8 engagement, 17 jumlah tontonan serta 4 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.
Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri kelas:
- Peserta mengetahui penggunaan Ms. Excel dalam menghasilkan Jadual Waktu Persekolahan.
- Di akhir kelas perkongsian, peserta mampu menghasilkan boarder box dengan menambah atau mengurangkan boarder box sesuai kehendak jadual.
- Peserta juga mampu mengolah Jadual untuk menjadi lebih menarik dengan menggunakan fungsi jenis dan saiz tulisan.
- Peserta dapat mengaplikasikan kreativiti masing-masing dengan menggunakan fungsi warna yang berbeza sebagai indikator sesuatu subjek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: