KELAS E-LEARNING (SYSTEM LITERATE)

23 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas individu bersama seorang pekerja dari syarikat terkemuka di Sarawak atas permintaan peserta. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran untuk mengendalikan sistem ESS yang digunakan di syarikat tempat beliau bekerja. Kelas berlansung selama sejam dari pukul 2 PM hingga 3 PM. Oleh kerana peserta merupakan golongan separuh umur dan tidak mahir menggunakan komputer, penyelia di Pusat Internet Komuniti mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan kepada beliau berkaitan komponen komputer dan asas menggunakan internet. Aktiviti seterusnya, peserta dibawa melayari link yang disertakan oleh pihak majikan beliau menggunakan google chrome. Peserta juga dilatih untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik agar mampu melayari sistem tersebut. Dalam sistem, peserta didedahkan dengan beberapa sudut button penting seperti tuntutan, cuti dan juga dokumen saya. Akhir sekali, peserta dibimbing untuk memuat turun penyata gaji bulanan untuk simpanan beliau. Penyata gaji yang sudah dimuat turun kemudiannya dimasukkan ke setoran pemacu pen sebelum penyelia mencetak output tersebut.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali