Perkongsian Advokasi (Check Your Label & E-Waste)
30 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 29 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian Advokasi (Check Your Label & E-Waste) menggunakan aplikasi broadcast Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 30 minit. Objektif Aktiviti adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada rakan-rakan FB PIK PPR Batu Gong berkaitan dengan aplikasi Check Your Label dan pendedahan program Kitar Semula E-Waste. Antara penekanan yang diberikan adalah kesan kesihatan akibat pelupusan e-sisa mudah alih yang tidak berhemah, rasional kempen pengumpulan e-sisa, peranan pihak tertentu dalam proses pengumpulan sehingga proses peleraian dan pelupusan, cara menyemak lebel MCMC pada peranti elektronik serta indikator pentingnya mempunyai label MCMC tersebut. Di awal aktiviti, peserta dibawa untuk menonton klip pendek berkaitan tajuk dan penyelia memberikan sedikit penerangan berkaitan klip tersebut. Aktiviti perkongsian ini telah mendapat 63 reach post, 20 engagement, 26 jumlah tontonan serta 16 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.
Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri kelas:
- Peserta mengetahui kempen e-sisa dan rasional untuk menyemak lebel MCMC pada peranti mudah alih.
- Peserta mempunyai gambaran kepentingan untuk mengitar semula sisa elektrik dan elektronik.
- Peserta juga mampu mengenal pasti risiko terhadap kesihatan jika sisa elektrik dan elektronik tidak dilupuskan dengan sempurna.
- Peserta mengetahui cara menyemak label MCMC pada peranti mudah alih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: