Kelas Ms. Publisher (Menghasilkan Quotes)
27 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 October 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Microsoft Publisher (Menghasilkan Quotes) bersama tiga (3) orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan. Kelas berlansung selama 1 jam dari pukul 10:30am sehingga 11:30am. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan Ms. Office publisher dalam penghasilan Quotes harian. Selain untuk membakar semangat untuk berjaya dalam diri peserta selain menjadikan kelas sebagai pelantaran untuk memberi pendedahan tentang kepentingan menguasai kemahiran ICT. Pada kali ini, peserta telah didedahkan dengan kempen kebebasan bersuara dan bukan kebebasan berbohong untuk kesedaran secara berterusan.
Pada peringkat awal, peserta dibimbing untuk set saiz gambar kepada (28.5cm x 28.5cm) untuk kesesuaian dikemaskini di laman Facebook dan Instagram. Seterusnya peserta menggunakan fungsi kotak untuk menghasilkan garis lingkaran untuk keseluruhan gambar. Untuk menonjolkan tulisan sebagai subjek, peserta dibimbing untuk menggunakan kotak berlatarbelakang putih dan diletakkan di sebahagian gambar. Akhir sekali, peserta dibawa untuk menyelaraskan susunan garisan ayat menggunakan fungsi justify, memilih tulisan dan saiz tulisan yang sesuai dan memasukkan ikon Facebook dan Instagram beserta nama untuk memudahkan pengikut lain untuk mengikuti mereka di media sosial.
Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan Ms. Publisher dalam penghasilan poster dan quotes
• Peserta dapat mengulangkaji cara mengoperasikan Ms. Publisher secara berterusan.
• Peserta dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT melalui kelas yang dijalankan.
• Dalam masa sama, peserta didedahkan dengan kempen kebebasan bersuara dan bukan kebebasan berbohong yang menuntut pengguna media sosial sentiasa peka dalam menyuarakan pendapat tetapi berasaskan fakta yang sahih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: