Google Interland Games – Be Internet Awesome

1 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 February 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah menjalankan aktiviti Google Interland Games – Be Internet Awosome bersama belia di sekitar PPR Batu Gong. Aktiviti berasaskan permainan interaktif ini bertujuan untuk mendidik peserta untuk menjadi pengguna internet dengan bijak yang berteraskan kepada tiga perkara iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Justeru, permainan google interland ini mendidik pengguna agar menjadi lebih peka semasa dalam talian. Seramai, sepuluh (10) orang peserta telah berjaya mengikuti aktiviti pada kali ini. Pada sesi pertama, peserta dibawa untuk bermain permainan Tower Of Tressure di mana peserta dididik untuk sentasa bertanggungjawab untuk memastikan segala rahsia termasuklah data peribadi dan kata kunci keselamatan dijaga dengan selamat.

Selain itu, permainan kedua pula, peserta dibawa untuk bermain Kind Kindom iaitu permainan yang mendidik peserta untuk menghormati pengguna internet yang lain dengan menunjukkan nilai murni sesama sendiri serta melaporkan tindakan pengguna lain yang dipercayai berkaitan dengan buli siber ke pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. Seterusnya, peserta dibawa pula untuk bermain permainan Reality River iaitu permainan berasaskan KDB yang mendidik peserta untuk sentiasa berwaspada dan menilai kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan selanjutnya agar tidak mudah ditipu oleh penggodam secara dalam talian. Akhir sekali, peserta diajak untuk bermain permainan Mindful Mountain iaitu permainan yang mendidik peserta untuk bertindak dengan bijak semasa menggunakan internet khusunya media sosial. Peserta dinasihatkan untuk bijak berkongsi maklumat agar tidak mendedahkan kepentingan peribadi yang boleh mengugat keselamatan kendiri.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti;
I. Peserta mengetahui etika dan tanggujawab semasa melayari internet
II. Peserta mengetahui cara penghasilan kata kunci keselamatan yang kukuh
III. Peserta dididik untuk sentiasa waspada dan menilai sesuatu maklumat sebelum berkongsi dengan orang lain
IV. Peserta tahu akan langkah yang perlu diambil jika mendapati pengguna internet lain melakukan kegiatan buli siber
V. Peserta dinasihatkan agar tidak berkongsi secara berlebihan di dalam media sosial untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali