Kelas Perkongsian Keusahawanan (Tutorial Mendaftar SSM iBizTrust)
30 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 29 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Keusahawan iaitu tutorial mendaftar SSM iBizTrust secara live melalui Facebook Pages PIK menggunakan aplikasi broadcast Streamyard. Kelas berlansung selama satu jam. Objektif Kelas adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada para usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sedang menjalankan perniagaan menggunakan platform secara dalam talian semasa penularan pandemik Covid-19 ini. Antara penekanan yang diberikan adalah kriteria yang perlu dipatuhi oleh setiap usahawan ataupun penjual yang ingin beniaga menggunakan platform dalam talian. Peserta didedahkan dengan saranan kerajaan melalui KPDNHEP untuk mendaftar SSM iBizTrust secara percuma sebelum 31 December 2020. SSM iBizTrust merupakan simbol pengikitirafan dan piawaian kualiti yang ditawarkan kepada entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM dengan tujuan memperlihatkan komitmen kerajaan bagi membantu meningkatkan ekosistem perniagaan atas talian yang sihat dan beretika sekali gus meyakinkan pengguna untuk berurus niaga dengan selamat. Peserta juga dibawa secara berperingkat untuk meneliti proses pendaftaran tersebut. Kelas perkongsian telah mendapat 24 engagement dan 19 jumlah tontonan.
Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri kelas:
- Peserta mengetahui kepentingan dan kelebihan mempunyai simbol SSM iBizTrust yang ditawarkan oleh SSM.
- Peserta dibimbing dengan langkah demi langkah untuk mendaftar SSM iBizTrust.
- Dengan simbol SSM iBizTrust ini, peserta dapat membina keyakinan pelanggan untuk membuat urus niaga dengan perniagaan mereka secara dalam talian.
- Peserta dibawa untuk menonton video yang dibuat oleh pihak SSM untuk memberikan kesedaran dan penerangan lebih lanjut berkaitan produk tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: