Kelas Soft Skill – Latihan Intensif Hujung Minggu

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 07 March 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah menjalankan aktiviti hujung minggu bersama kanak-kanak dan belia di sekitar PPR Batu Gong. Latihan intensif ini bertujuan untuk melatih peserta kanak-kanak untuk mengenali asas komponen komputer. Peserta yang terdiri daripada kanak-kanak itu dibimbing untuk menggunakan komputer terutamanya pada fungsi penggunaan papan kekunci dan tetikus. Setelah itu, peserta dibawa untuk membuat latihan mewarna untuk membiasakan mereka untuk memegang pensil warna, mengenali jenis warna mengikut kesesuaian objek dan mempraktikkan teknik mewarna secara sekata. Di sudut lain, penyelia juga membantu seorang pelajar sekolah menengah mengulangkaji matapelajaran matematik dengan subtopik pemfaktoran ungkapan algebra dan kaedah faktor sepunya untuk tingkatan dua.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti;
I. Peserta dapat meningkatkan kemahiran soft skill mereka dengan menyertai aktiviti yang dikendalikan di Pusat Internet
II. Peserta boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet untuk tujuan pembelajaran sesuai dengan objektif penubuhan Pusat Internet iaitu menjadi Hab pembelajaran secara formal dan tidak formal.
III. Peserta dapat mengikuti aktiviti yang berfaedah di Pusat Internet PPR Batu Gong
IV. Peserta didedahkan dengan komponen komputer seawal usia kanak-kanak secara berperingkat bagi melahirkan generasi pelapis yang mahir ICT

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali