Kelas Ms. Word (Nota Kreatif Secara Digital)

12 December 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 December 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas individu bersama seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran mengendalikan Microsoft Word untuk menghasilkan nota kreatif secara digital. Kelas berlansung selama sejam dari pukul 2:00 PM hingga 3:00 PM. Kelas dimulakan dengan mengeksplorasi contoh - contoh e - nota yang terdapat di dalam internet. Setelah mendapat gambaran keseluruhan, peserta dibawa secara hands - on untuk menghasilkan e - nota sendiri menggunakan Ms. Word.

Peserta menggunakan fungsi dot grid untuk memastikan e - nota yang dihasilkan adalah selari dan seimbang di semua sudut. Seterusnya, peserta menggunakan fungsi online picture untuk mencari gambar hiasan yang sesuai untuk diletakkan dalam e - nota. Selain itu, peserta juga memasukkan informasi berguna ke dalam e-nota dengan menggunakan saiz dan jenis tulisan yang sesuai untuk menonjolkan kreativiti beliau. Seterusnya, nota tersebut akan dipindahkan dan disimpan dalam format PDF sekaligus dihantar ke telefon bimbit untuk tujuan simpanan dan rujukan pada masa akan datang.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali