Kelas Penggunaan Aplikasi Digital melalui Telefon Pintar
8 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Penggunaan Aplikasi Digital melalui Telefon Pintar atas permintaan peserta. Kelas ini berlansung selama 30 minit dan dihadiri oleh seorang peserta sahaja. Objektif kelas adalah untuk berkongsi aplikasi digital melalui Telefon Pintar. Peserta telah dibawa untuk menerokai aplikasi gmail dan didedahkan dengan proses mengarang email baru, menghantar email baru dan juga membalas email yang diterima. Seterusnya, peserta didedahkan dengan aplikasi PDF viewer untuk membuka lampiran yang terdapat di email. Dalam masa sama, peserta juga diingatkan untuk menyimpan lampiran ke dalam telefon pintar untuk tujuan tindakan. Penekanan juga diberikan kepada penggunaan aplikasi software i love pdf untuk menukar format dokumen seperti pdf ke word, pdf ke jpeg dan sebagainya. Akhir sekali, peserta juga didedahkan dengan aplikasi digital tap scanner untuk mengimbas dokumen yang telah dikemaskini dalam bentuk pdf sebelum dihantar kepada penerima.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti kelas:
- Peserta mengetahui aplikasi software yang berguna untuk dimuat turun dalam telefon pintar.
- Peserta mendapat pengetahuan dalam mengoperasikan gmail.
- Peserta mampu menggunakan aplikasi software i love pdf untuk menukar format sesuatu dokumen.
- Peserta berjaya mengaplikasikan penggunaan tap scanner untuk mengimbas sesuatu dokumen penting untuk tujuan simpanan secara soft copy.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: