Kelas Ms. Excel – Penyediaan Jadual Pertandingan

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 09 February 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas Microsoft Office Excel bersama belia di kawasan PPR Batu Gong. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran asas penyediaan jadual pertandingan menggunakan Ms. Excel. Seramai, sembilan (9) orang peserta telah berjaya mengikuti kelas pada kali ini. Penyelia menyediakan sebuah jadual pertandingan yang perlu dihasilkan menggunakan Ms. Excel terlebih dahulu untuk rujukan peserta. Setelah membuat pengenalan dan penerangan berkaitan proses penghasilan jadual pertandingan, peserta dikehendaki untuk menyediakan jadual pertandingan dengan bimbingan penyelia.

Selain itu, peserta didedahkan sekali lagi dengan fungsi ‘merging box’ untuk menulis tulisan yang lebih panjang dan fungsi penggunaan ‘boarder line’ untuk memberikan penekanan kepada kotak dan garis yang diperlukan untuk menyediakan jadual pertandingan seperti yang dilakukan pada kelas sebelumnya. Akhir sekali, peserta dikehendaki untuk menukar jenis dan saiz tulisan pada jadual yang dihasilkan agar jadual tersebut nampak kemas.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali