Kelas Ms. Excel – Penyediaan Invoice Pembelian
9 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 08 Februari 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas Microsoft Office Excel bersama belia di kawasan PPR Batu Gong. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran asas penghasilan invoice pembelian sesuatu barangan menggunakan Ms. Excel. Seramai, lapan (8) orang peserta telah berjaya mengikuti kelas pada kali ini. Penyelia menyediakan sebuah invoice pembelian yang perlu dihasilkan menggunakan Ms. Excel terlebih dahulu untuk rujukan peserta. Setelah membuat pengenalan dan penerangan berkaitan invoice pembelian, peserta dikehendaki untuk menghasilkan satu invoice pembelian dengan bimbingan penyelia.
Dalam masa sama, penyelia menyelitkan unsur multimedia dengan menggunakan gambar yang terdapat di platform carian google untuk dimasukkan sebagai logo sesebuah syarikat yang menjual perkhidmatan. Selain itu, peserta didedahkan dengan fungsi ‘merging box’ untuk menulis tulisan yang lebih panjang, fungsi penggunaan ‘boarder line’ untuk memberikan penekanan kepada kotak dan garis yang diperlukan di sesuatu invoice pembelian. Akhir sekali, peserta dikehendaki untuk menukar jenis dan saiz tulisan agar invoice yang dihasilkan kemas dan teratur.
Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
- Peserta didedahkan dengan penggunaan Ms. Excel untuk menghasilkan invoice pembelian yang menarik sesuai dengan contoh yang disediakan oleh penyelia
- Peserta dapat mengoperasikan penggunaan fungsi boarder line, merging box dan jenis serta saiz tulisan dengan sempurna
- Peserta mendapat pengetahuan baru berkaitan asas dan fungsi sesuatu invoice pembelian
- Mendapat kemahiran mengolah hasil kerja supaya nampak kemas dan menarik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: