Aktiviti e-Learning (Advocacy KDB & BSN Financial Literacy
19 October 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 October 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti e-Learning (Advocacy KDB & BSN Financial Literacy). Aktiviti ini telah disertai oleh seorang (1) peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan. Aktiviti berlansung selama 30 minit yang bermula pada pukul 2.00 pm sehingga 2.30 pm. Objektif Aktiviti adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada peserta berkaitan isu jenayah siber iaitu panggilan palsu dan penipuan wang secara dalam talian.
Penggunaan media youtube digunakan untuk menarik minat peserta. Peserta diajak untuk menonton klip pendek berkaitan tajuk di youtube channel Klik dengan bijak dan seterusnya peserta perlu menjawab kuiz di google form Pusat Internet melalui link yang telah disediakan. Untuk aktiviti tambahan, peserta dibawa untuk melayari youtube channel BSN Malaysia untuk menonton video berkaitan celik kewangan untuk SMK. Selanjutnya, peserta diberi galakan untuk menyertai program Kokurikulum “Celik Kewangan” tersebut untuk memastikan peserta mendapat sijil dari penganjur dan markah tambahan dalam kokurikulum sekolah.
Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
- Peserta mendapat peringatan dan kesedaran berkaitan isu semasa iaitu penipuan kewangan secara dalam talian.
- Peserta dapat mengulangkaji cara mengoperasikan google crome untuk melayari internet
- Peserta dapat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet khususnya penggunaan komputer untuk melayari internet bagi menyelesaikan tugasan peribadi dan juga persekolahan.
- Dengan menjadikan Pusat Internet sebagai pusat pembelajaran setempat secara dalam talian, peserta berjaya mengikuti program celik kewangan seterusnya mendapat markah tambahan untuk kokurikulum mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: