Educational Games (Fun Brain)

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan aktiviti yang memberi fokus kepada e-pembelajaran dengan menekankan aplikasi Fun Brain sebagai asas pembelajaran secara sumber terbuka di internet. Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti aktiviti pada kali ini. Objektif utama aktiviti diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan aplikasi pembelajaran interaktif di internet seperti Fun brain untuk penguasaan subjek pembelajaran di sekolah khususnya matapelajaran matematik dan menambah pengetahuan sambil berhibur.

Fun brain merupakan aplikasi di laman web yang mengkhusus kepada pembelajaran melalui permainan secara percuma dalam talian. Aplikasi ini menawarkan pelbagai permainan, buku,komik dan video untuk membangunkan kemahiran seseorang dalam matapelajaran matematik, kebolehan membaca, kebolehan menulis serta daya penyelesaian masalah. Pada kali ini, peserta dibawa untuk bermainan di zone matematik supaya mereka dapat mengasah kemahiran untuk berfikir secara cepat dan tepat serta membuat pilihan yang bijak dalam membuat sesuatu keputusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali