Kelas Kreatif Menggunakan Ms. Paint

26 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 July 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Microsoft office paint yang bermula pada jam 2:00 petang hingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet PPR Batu Gong. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk mendedahkan peserta untuk menggunakan Ms. Paint bagi menghasilkan sesuatu panorama kreatif. Di awal kelas, peserta telah didedahkan dengan kempen kesedaran Klik dengan Bijak dan kempen kebebasan bersuara, bukan kebebasan berbohong.

Seterusnya, peserta didedahkan dengan penggunaan Ms. Paint dalam menghasilkan panorama melalui video bersumberkan youtube. Setelah memahami aktiviti yang akan dilaksanakan, peserta mula menghasilkan panorama seperti di dalam youtube menggunakan Ms. Paint. Dalam masa sama, peserta dikongsikan tips dan cara yang betul untuk mengendalikan setiap butang yang terdapat di Ms. Paint seperti menggunakan pensel, marker dan berus untung menghasilkan garisan, menukar jenis dan saiz font, teknik crop dan rotating serta fungsi-fungsi lain. Kelas ini diharapkan dapat membantu peserta untuk menambah pengetahuan mereka dalam mengendalikan Ms. Paint.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali