Program Promosi Produk Usahawan

1 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 31 October 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Program Promosi Produk Usahawan PIK PPR Batu Gong secara live melalui Facebook Pages PIK menggunakan aplikasi broadcast Streamyard. Promosi berlansung selama hampir 30 minit yang melibatkan seramai tiga (3) orang usahawan sekitar Siburan. Objektif program adalah untuk membantu para usahawan mempromosikan produk jualan mereka secara dalam talian menggunakan laman rasmi Facebook pages Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong. Hal ini seiring dengan pelancaran kempen beli produk keluaran Malaysia / tempatan untuk membantu para usahawan mikro meningkatkan jualan mereka semasa penularan pandemik COVID-19 secara e-commerce. Program ini telah mendapat 70 reach, 32 engagement dan 45 jumlah view.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali