Kelas Asas Adobe Photoshop

22 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Asas Adobe Photoshop secara individu yang bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang bertempat di Pusat Internet PPR Batu Gong. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan aplikasi Adobe Photoshop untuk menghasilkan poster yang menarik. Untuk pengenalan, peserta dibawa untuk membuat background latar mengikut saiz dan pixel yang diingini bagi penghasilan sesuatu poster.

Setelah berpuas hati dengan penetapan awal background, peserta dibawa untuk mencari gambar di google untuk digunakan sebagai subjek di poster. Subjek yang sesuai digunakan sebagai lapisan asas poster. Peserta juga diajar cara untuk menghasilkan objek dan tulisan. Penerangan juga diberikan berkaitan lapisan draf poster yang terdapat di Adobe Photoshop bagi memudahkan peserta untuk menempatkan subjek yang dikehendaki di tempat yang betul. Seterusnya peserta didedahkan dengan penggunaan blending tools untuk mengubah dan menonjolkan sesuatu tulisan atau subjek yang hendak diketengahkan.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali