Kelas Perkongsian Kaedah meningkatkan Jualan dengan Facebook
13 December 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 December 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Perkongsian kaedah meningkatkan jualan dengan Facebook menggunakan aplikasi broadcast Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Kelas telah berlansung selama 1 jam. Objektif kelas adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada para usahawan untuk terlibat secara lansung dalam perniagaan secara digital dengan menggunakan platform Facebook Pages.
Antara topik yang dikongsi adalah seperti pengenalan kepada perniagaan atas talian dan rasionalnya, cara membuat Facebook Pages, Jenis-jenis posting dan kempen promosi yang disediakan oleh Facebook melalui FB Ads. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa tips untuk mengendalikan dan menambah follower sesebuah pages. Pada slot akhir, penyelia membuat tutorial untuk mendaftarkan pages dan mengemaskini maklumat yang diperlukan pada pages tersebut untuk rujukan para rakan-rakan usahawan yang mengikuti kelas tersebut. perkongsian ini telah mendapat 336 people post, 28 engagement, 64 jumlah tontonan serta 6 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.
Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri kelas:
- Peserta mengetahui rasional penggunaan Fb Pages dalam mempromosi serta menjual produk usahawan semasa penularan Pandemik Covid-19.
- Peserta mempunyai gambaran berkaitan cara-cara untuk membuat Facebook Pages.
- Peserta juga mampu mengenal pasti tips untuk mengendali dan meningkatkan potensi penjualan produk usahawan melalui posting yang dilakukan di FB Pages.
- Peserta mengetahui jenis-jenis posting yang perlu digunakan untuk menarik minat prospek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: