Kelas Ms. Word (Surat Rasmi)

14 October 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 October 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Microsoft Word (Surat Rasmi) kepada seorang (1) peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan atas permintaan peserta sendiri. Kelas berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 pm sehingga 4.00 pm. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan Ms. Word dalam pembuatan surat rasmi. Peserta diberikan kelonggaran untuk memikirkan subjek dan isi kandungan surat rasmi yang hendak dibuat. Seterusnya, peserta dibimbing untuk menaip surat rasmi tersebut mengikut format yang betul. Dalam masa sama, untuk menghasilkan surat rasmi yang lengkap dengan format yang betul, peserta dibimbing untuk mengaplikasikan fungsi jarak langkah antara garisan, penggunaan numbering untuk memberikan penekanan kepada isi penting dan juga penggunaan perkataan yang dihitamkan serta digariskan untuk mewujudkan perhatian berkaitan subjek surat. Akhir sekali, peserta dibawa untuk menyelaraskan susunan garisan ayat menggunakan fungsi justify dalam perenggan serta memilih tulisan dan saiz tulisan yang sesuai untuk memastikan surat adalah dalam satu muka surat sahaja.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali