Kelas Tambahan Pendidikan Matematik Tingkatan 3

12 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 11 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas tambahan pendidikan Matematik bersama dua orang (2) peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan. Kelas berlansung selama sejam yang bermula pada pukul 3:00 petang hingga 4:00 petang. Objektif kelas adalah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam lagi berkaitan tajuk dengan bantuan telefon pintar dan pelbagai contoh soalan yang terdapat di dalam internet. Memandangkan pergerakan yang terhad semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pelajar tidak perlu hadir ke sekolah dan hanya mengikuti kelas secara dalam talian yang sangat mencabar. Tahap penerimaan pelajar juga adalah dan mereka perlu bimbingan dari segi pemahaman kehendak soalan dan cara penyelesaiannya. Justeru, pegawai di Pusat Internet PPR Batu Gong mengambil inisiatif untuk memberikan kelas tambahan kepada peserta dengan harapan dapat memantapkan lagi penguasaan matematik mereka.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali