Tutorial Permohonan Insentif Bayar Balik PTPTN melalui direct debit

16 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 15 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah membuat perkongsian secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong tentang tutorial permohonan Insentif Bayar Balik PTPTN melalui direct debit. Objektif utama tutorial adalah untuk mendedahkan komuniti setempat khususnya kepada para peminjam PTPTN yang ingin memanfaatkan insentif yang diberikan oleh kerajaan dalam usaha meringgankan beban peminjam.

Dalam tutorial ini, peserta telah dijelaskan tentang diskaun bayar balik PTPTN yang telah diumumkan pada rancangan bajet 2022. Selain itu, peserta telah dibawa untuk menonton klip pendek daripada pembentangan bajet 2022 oleh menteri kewangan Malaysia bagi memberi pemahaman kepada peserta. Setelah itu diikuti dengan tutorial cara membuat permohonan Insentif Bayaran Balik sebanyak 10% melalui direct debit. Tambahan pula, peserta juga telah didedahkan dengan cara membuat carian yang tepat pada Google dan langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa membuat permohonan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali