Tutorial Memohon Geran Khas Perihatin (GKP 3.0)

12 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad 11 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian Tutorial Memohon Geran Khas Perihatin (GKP 3.0) secara dalam Talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama setengah jam yang bermula pada pukul 3 petang. Objektif Program adalah untuk berkongsi kepada komuniti khususnya kepada para usahawan berkaitan dengan inisiatif kerajaan melalui Geran Khas Perihatin 3.0 yang berupa bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM 1, 000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. Oleh yang demikian, Pusat Internet PPR Batu Gong juga mengambil kesempatan untuk mewar-warkan inisiatif tersebut kepada orang ramai melalui saluran Facebook mereka. Aktiviti ini telah mendapat 18 reach post, 9 engagement, 17 jumlah tontonan serta 6 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali