Tutorial Pendaftaran MyEG dan Memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM)

18 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa 17 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah membuat tutorial pendaftaran MyEG dan Memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara dalam talian di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Objektif tutorial adalah untuk mendedahkan kepada komuniti dengan alternatif lain yang boleh digunakan untuk memperbaharui lesen memandu tanpa perlu membuat temujanji dan walk in ke agensi terlibat iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Kemudahan secara dalam talian MyEG merupakan salah satu alternatif lain yang boleh digunakan semasa penularan pandemik Covid-19 ini kerana pergerakan kita dalah terbatas. Oleh yang demikian, servis yang ditawarkan oleh agensi kerajaan boleh diakses melalui sistem ini. Tutorial pendek ini dilaksanakan selama 30 minit bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Diharapkan perkongsian yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan baharu kepada komuniti khusunya pengikut-pengikut di page rasmi PIK PPR Batu Gong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali