Website Literate (Permohonan I-Citra KWSP)

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas individu bersama seorang komuniti di PPR Batu Gong yang hendak memohon I-Citra KWSP. Kelas bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1 petang. Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam memohon I-Citra KWSP. Seperti yang kita ketahui, kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang membolehkan mana-mana ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan boleh memohon kemudahan kewangan tambahan ini untuk memenuhi keperluan asas demi kelansungan hidup. Pencarum yang layak akan menerima manfaat maximun sebanyak RM 5 000 yang akan dikreditkan ke akaun penama sebanyak RM 1 000 selama 5 bulan. Peserta ini terlebih dahulu dimaklumkan bahawa permohonan ini amat memerlukan prosedur yang sangat teratur dan ketat kerana ia melibatkan dokumen yang diperlukan seperti pengesahan pengenalan diri, nombor akaun bank atas nama pencarum, dan pendaftaran nombor telefon di kiosk KWSP untuk memudahkan pencarum mendapat nombor pengesahan sebelum dapat memohon. Peserta sedia maklum akan perkara tersebut. Peserta dibimbing dan diajar sepenuhnya oleh staf yang bertugas agar tiada permasalahan berlaku ke atas pemohon tersebut di kemudian hari.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali