Program Keusahawanan Sesi 1 (Pengenalan Keusahawanan secara Digital)

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin - 13 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program keusahawanan bersama pelatih Giatmara Mambong siri 1. 2021 dengan objektif mendedahkan para pelatih dengan asas keusahawanan secara digital. Program dibahagikan kepada enam sesi. Sesi pertama pada pagi bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Untuk sesi 1 peserta didedahkan dengan asas pemasaran digital yang merangkumi penggunaan google mail dan drive dalam pengurusan syarikat.Seterusnya peserta didedahkan dengan pembangunan profil syarikat yang mana peserta dibawa untuk menghasilkan logo perniagaan dan kad bisness menggunakan microsoft power point dan canva.com. Untuk aktiviti sokongan, peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Batu gong serta dibawa untuk menerokai kempen kesedaran Klik dengan Bijak iaitu maklumat palsu

Berikut merupakan butiran aktiviti pada sesi tersebut:
1. Pengenalan kepada PEDi PPR Batu Gong dan Advokasi KDB (Maklumat palsu)
2. Pendedahan kepada asas keusahawanan digital
3. Pembangunan profil syarikat
4. Asas ICT - penghasilan logo perniagaan dan kad bisnes.
5. Tutorial penggunaan google mail dan drive.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali