Program Keusahawanan Sesi 2 (Pemasaran Efektif Melalui Email)

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin - 13 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program keusahawanan bersama pelatih Giatmara Mambong siri 1. 2021 dengan objektif mendedahkan para pelatih dengan asas keusahawanan secara digital. Program dibahagikan kepada enam sesi. Sesi ke-2 pada sebelah petang pula bermula selepas rehat jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Untuk sesi 2 peserta didedahkan pemasaran efektif melalui email. Pada slot ini, pelajar dibawa untuk mengenali ciri-ciri email dan kepentingan email dalam pemasaran digital. Setelah itu, mereka juga didedahkan dengan kitaran ataupun aliran pemasaran secara digital menggunakan email. Untuk maklumat tambahan, peserta juga didedahkan dengan konsep KLT iaitu know, like and trust dalam pemasaran menggunakan kaedah email. Pada akhir penerangan, peserta didedahkan pula dengan konsep CTA dalam perniagaan digital. CTA merujuk kepada “call to action” iaitu tindakan yang perlu diambil oleh seseorang pelanggan setelah mengetahui sesuatu info berkaitan produk yang diniagakan secara digital. Untuk aktiviti tambahan, peserta didedahkan dengan pautan untuk menghubungi penjual seperti www.wasup.my/

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan program pada sesi tersebut:
1. Peserta mengenali konsep pemasaran efektif melalui email
2. Peserta didedahkan dengan aliran pemasaran efektif melalui email
3. Peserta dikongsikan dengan pengetahuan KLT dan penulisan CTA.
4. Di akhir program, peserta mampu mengaplikasikan konsep direct message seller menggunakan wasup.my untuk mendapatkan produk yang dikehendaki.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali