Program Keusahawanan Sesi 3 (Pemasaran Efektif Melalui Media Sosial)

15 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa - 14 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program keusahawanan bersama pelatih Giatmara Mambong siri 1. 2021 dengan objektif mendedahkan para pelatih dengan asas keusahawanan secara digital. Program dibahagikan kepada enam sesi. Sesi ke-3 berlansung pada hari ini bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Untuk sesi 3 peserta didedahkan pemasaran efektif melalui media sosial. Pada slot ini, peserta dibawa untuk mengenali platform media sosial yang boleh dijadikan kedai untuk berniaga seperti facebook page dan instagram akaun. Peserta terlebih dahulu dikongsi dengan kepentinga menggunakan platform media sosial untuk berniaga. Untuk sesi latihan, peserta diminta untuk mendirikan kedai secara dalam talian menggunakan platform media sosia. Seterusnya, mereka diajar untuk mengemaskini profil kedai tersebut. Untuk aktiviti tambahan, peserta diminta untuk menyelesaikan tugasan iaitu menaip surat rasmi yang merupakan cover letter untuk sesuatu permohonan kerja. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk melatih kemahiran pengaplikasian ICT pada diri setiap peserta

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan program pada sesi tersebut:
1. Peserta mengenali konsep pemasaran efektif melalui media sosial
2. Peserta didedahkan cara mendirikan kedai di platform media sosial seperti facebook page dan instagram akaun
3. Peserta dikongsikan dengan kepentingan pemasaran digital melalui jaringan pemasaran atas talian
4. Dalam masa sama, peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT melalui aktiviti tambahan yang dilaksanakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali