Program Keusahawanan Sesi 4 (Strategi Pemasaran)

15 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa - 14 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program keusahawanan bersama pelatih Giatmara Mambong siri 1. 2021 dengan objektif mendedahkan para pelatih dengan asas keusahawanan secara digital. Program dibahagikan kepada enam sesi. Sesi ke-4 berlansung pada hari ini bermula selepas rehat iaitu jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Untuk sesi 4 peserta didedahkan dengan strategi pemasaran secara digital. Pada sesi ini, peserta didedahkan dengan penggunaan whatapps for business untuk menguruskan segaja jenis tempahan dan dijadikan medium utama untuk komunikasi dengan pelanggan selain facebook messenger. Peserta disarankan untuk memuatnaik aplikasi tersebut di telefon bimbit dan mengemaskini profil dengan memasukkan gambar atau logo syarikat, alamat perniagaan, alamat email untuk dihubungi, waktu operasi dan pautan lansung ke laman web perniagaan. Seterusnya, peserta juga diajar untuk membuat katalog produk yang terdiri daripada nama produk, gambar produk dan maklumat tambahan berkaitan produk di aplikasi whatsapp Business untuk memudahkan pelanggan mendapatkan info berkaitan produk yang didagangkan. Untuk aktiviti tambahan pula, peserta didedahkan dengan asas copywriting. Copywriting merupakan ayat pengiklanan yang bertujuan untuk mengambil perhatian sekali gus meyakinkan pelanggan tentang produk jualan anda. Peserta dikehendaki untuk menulis satu ayat copywriting yang mengandungi 7 elemen penting seperti headline, body, testimoni, offer, urgency, warranty dan call to action

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan program pada sesi tersebut:
1. Peserta mengenali asas aplikasi whatapp business yang dijadikan medium komunikasi antara penjual dengan pelanggan
2. Peserta didedahkan cara menyediakan katalog di aplikasi whatapp bisness
3. Peserta dikongsikan dengan asas penulisan copywriting
4. Dalam masa sama, peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT melalui aktiviti tambahan yang dilaksanakan seperti menaip dan menyunting contoh penulisan copywriting.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali