Program Keusahawanan Sesi 5 (Kaedah Pemasaran Secara Pendigitalan)
16 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada Rabu - 15 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program keusahawanan bersama pelatih Giatmara Mambong siri 1. 2021 dengan objektif mendedahkan para pelatih dengan asas keusahawanan secara digital. Program dibahagikan kepada enam sesi. Sesi ke-5 berlansung pada hari ini bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Untuk sesi 5 peserta didedahkan dengan kaedah pemasaran secara pendigitalan. Peserta dikenalkan dengan asas laman web. Peserta dikongsi dengan jenis laman web informasi dan laman web e-dagang atau lebih dikenali sebagai e-commerce. Selepas itu, peserta juga diperkenalkan dengan tips menjana kewangan melalui laman web. Untuk latihan pengukuhan, peserta dikehendaki untuk membina satu laman web perniagaan mereka sendiri menggunakan platform wix.com. Dalam latihan tersebut, peserta dikehendaki untuk menghasilkan tiga laman penting seperti halaman utama, produk yang digagangkan serta laman tentang kami. Sebagai aktiviti tambahan, peserta didedahkan dengan advokasi KDB yang disampaikan oleh Cik Julia dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lubok antu dengan tajuk hak dan tanggungjawab warga digital
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan program pada sesi tersebut:
1. Peserta mengenali asas laman web
2. Peserta didedahkan tips menjana kewangan melalui laman web
3. Peserta dikongsikan dengan cara membina laman web perniagaan menggunakan wix.com
4. Dalam masa sama, peserta didedahkan juga dengan advokasi Klik dengan Bijak iaitu hak dan tanggungjawab warga digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: