Program Keusahawanan Sesi 6 (Biz Talk dan e-dagang)
16 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada Rabu - 15 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah melaksanakan program keusahawanan bersama pelatih Giatmara Mambong siri 1. 2021 dengan objektif mendedahkan para pelatih dengan asas keusahawanan secara digital. Program dibahagikan kepada enam sesi. Sesi ke-6 berlansung pada hari ini bermula selepas rehat iaitu jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Untuk sesi 6 peserta didedahkan dengan perkongsian inisiatif dan peluang untuk mengembangkan perniagaan dari En. John Anak Michael iaitu pegawai mara daerah serian. Perkongsian ini berkisar dana atau bantuan kewangan yang dikelola oleh Mara khusus untuk pelajar-pelajar lepasan kursus di giatmara. Selain itu, peserta didedahkan pula platform e-dagang yang popular di malaysia iaitu shopee. Untuk slot ini, peserta diajar dengan cara untuk mendaftar sebagai penjual dan mendirikan kedai di platform e-dagang tersebut. Setelah berjaya mendirikan kedai dan mengemaskini profil kedai, peserta dikehendaki untuk memasukkan satu produk jualan berdasarkan profil syarikat yang dikongsikan kepada mereka pada sesi 1 sebelumnya
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan program pada sesi tersebut:
1. Perkongsian berkaitan usaha dan inisiatif Mara dalam membantu pelajar yang belajar di institusi tersebut untuk mendapatkan dana untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka
2. Peserta didedahkan dengan cara mendirikan kedai di platform e-dagang shopee
3. Peserta dikongsikan denngan tips memuatnaik produk ke dalam kedai di shopee
4. Akhir sekali, peserta dibawa untuk mengira kos untuk menetapkan harga produk dengan betul supaya tidak mengalami kerugian sekali gus kekal bersaing dengan produk lain secara sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: