Perkongsian Advokasi (Tips Membina Kata Laluan)

23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian Advokasi (Tips Membina Kata Laluan Kukuh) menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 30 minit. Objektif Aktiviti adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada rakan-rakan FB PIK PPR Batu Gong berkaitan dengan tips membina kata laluan yang kukuh. Antara penekanan yang diberikan adalah kaedah dan kriteria untuk membina kata laluan yang kukuh, kesedaran untuk tidak berkongsi kata laluan sesuatu akaun milik sendiri kepada orang lain, mekanisma penggunaan kata laluan serta kaedah yang bersesuaian untuk menyemak kekuatan sesebuah kata laluan menggunakan password meter yang terdapat dalam sumber terbuka di internet. Di awal aktiviti, peserta dibawa untuk menonton klip pendek berkaitan tajuk dan penyelia memberikan sedikit sebanyak penerangan berkaitan klip tersebut. Aktiviti perkongsian ini telah mendapat 35 reach post, 7 engagement, 13 jumlah tontonan serta 6 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali