Program Perkongsian Bisness e-Dagang Bersama Shopee

24 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa 23 February 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Program Perkongsian Bisness e-Dagang bersama Shopee menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 1 jam yang bermula pada pukul 3 petang. Seramai 12 orang peserta telah berjaya mengikuti kelas dan mengisi borang kehadiran melalui Google Form. Objektif Program adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada golongan usahawan khususnya dari industri kecil dan sederhana yang ingin mencari inisiatif lain untuk meneruskan kelansungan perniagaan secara dalam talian menggunakan platform e-Dagang Shopee. Terlebih dahulu, peserta telah di terangkan dengan objektif program dan pengenalan kepada platform e-Dagang Shopee. Seterusnya, para peserta didedahkan dengan tutorial mendaftar akaun di platform shopee serta mengisi maklumat diri yang diminta. Setelah selesai, peserta dibawa untuk membuka profil kedai untuk tujuan berjual yang dinamakan Seller Center. Di bahagian profil kedai, peserta diberikan tips dan maklumat yang penting untuk mencantikkan profil kedai serta mengemaskini maklumat kedai yang berkaitan dengan produk yang hendak dijual agar memberi pandangan awal kepada pelanggan berkaitan barangan yang hendak kita jual. Peserta juga dikongsi dengan cara memuatnaik produk ke dalam kedai dan menguruskan penghantaran produk yang dibeli pelanggan. Di akhir kelas, peserta diajar untuk mengeluarkan hasil jualan produk dari platform e-Dagang Shopee dan memasukkan hasil tersebut ke dalam akaun peribadi penjual. Program ini diharapkan dapat mendedahkan peserta khususnya komuniti sekitar PPR Batu Gong dan pengguna laman sosial facebook tentang memulakan bisness e-Dagang menggunakan Platform Shopee Seller Centre. Program ini telah mendapat 26 reach post, 12 engagement, 18 jumlah tontonan serta 12 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali