Pengenalan Kepada Asas Copywriting
27 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada Isnin 26 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Perkongsian Pengenalan Kepada Asas Copywriting secara dalam Talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Kelas berlansung selama setengah jam yang bermula pada pukul 2:30 petang hingga 3:00 petang. Objektif kelas adalah untuk berkongsi kepada komuniti khususnya kepada para usahawan berkaitan idea asas penulisan copywriting yang digunakan untuk mendapatkan perhatian dari prospek di media sosial. Antara pengisian kelas adalah seperti pendedahan kepada mekanisma keperluan dan tawaran produk, tujuh (7) elemen dalam penulisan copywriting yang baik seperti headline, body, testimoni, offer, urgency, warranty dan call to action (CTA). Selain itu, perserta juga dikongsi dengan contoh - contoh penulisan pada setiap elemen bagi melengkapkan sesebuat penulisan copywriting. Kelas ini telah mendapat 24 reach post, 11 engagement, 27 jumlah tontonan serta 10 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:
- Peserta mengetahui mekanisma keperluan dan tawaran produk
- Peserta dikongsikan dengan elemen penting dalam penulisan copywriting
- Peserta didedahkan dengan contoh penulisan pada setiap elemen tersebut
- Peserta diberikan info lain berkaitan jenis posting dan teknik jualan yang perlu digunakan di media sosial
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: