Tutorial Memperbaharui Lesen Perniagaan SSM

14 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 14 July 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah menghasilkan video Perkongsian iaitu tutorial memperbaharui lesen perniagaan SSM melalui sistem dalam talian ezbiz.ssm.com.my. Objektif aktiviti ini adalah untuk berkongsi kepada rakan-rakan dalam sosial media khusunya para usahawan kecil yang hendak memperbaharui lesen perniagaan mereka tetapi menghadapi kesukaran kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dengan cara-cara memperbaharui lesen perniagaan secara dalam talian menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu ezibiz.ssm.com.my. Video pendek ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk proses memperbaharui lesen seperti butang untuk pembaharuan, pengemaskinian maklumat jika ada, proses pembayaran menerusi e-commerce dan proses memuat turun dokumen yang merupakan lesen yang sudah diperbaharui bagi kelancaran perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali