Tutorial Menghasilkan Kad Undangan Menggunakan Aplikasi Canva
28 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas ICT secara dalam talian melalui aplikasi streamyard dan disiarkan secara lansung di facebook page PIK PPR Batu Gong iaitu kelas tutorial menghasilkan kad undangan menggunakan aplikasi canva.com. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Kelas ini bertujuan untuk membimbing komuniti dalam proses menghasilkan kad undangan hari jadi melalui sumber terbuka di internet iaitu platform canva. Canva merupakan platform secara dalam talian yang menyediakan templetes untuk menghasilkan pelbagai jenis bahan promosi seperti poster, brosure, kad persendirian, kad undangan dan sebagainya. Penghasilan kad undangan akan menjadi mudah kerana templete contoh yang diberikan merangkumi semua ciri-ciri yang diperlukan termasuklah tarikh, tempat, nombor yang perlu dihubungi dan sebagainya. Pengguna hanya perlu menyunting beberapa bahagian maklumat kepada maklumat sendiri sahaja. Kelas yang dilaksanakan secara dalam talian ini telah disertai oleh 3 orang peserta dan mendapat 7 jumlah tontonan.
Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
- Peserta didedahkan dengan platform pengoperasian canva.com secara dalam talian
- Peserta juga didedahkan dengan tutorial asas menyunting kad undangan seperti yang dikehendaki
- Peserta dibawa untuk menerokai beberapa ciri pengoperasian yang terdapat di canva.com tersebut
- Peserta mendapat pengetahuan berkaitan maklumat yang perlu ada di sesebuah kad undangan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: