Tutorial Permohonan Tuntutan Skim Perlindungan Mysalam
1 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 30 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah menghasilkan satu video tutorial permohonan tuntutan Skim Perlindungan MySalam. Tuntutan ini adalah untuk mereka yang terjejas kerana didapati positif penyakit Covid-19 dan untuk mereka yang menjalani kuarantin kerana telah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Peserta telah didedahkan dengan beberapa elemen penting semasa proses membuat tuntutan iaitu pendaftaran penama untuk kali pertama, penyediaan dokumen sokongan seperti yang diminta di laman web rasmi MySalam dan menentukan tarikh dan hari menjalani kuarantin seperti yang ditulis dalam surat perintah menjalani kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Video tutorial telah mendapat 18 jumlah tontonan dengan 16 engagement serta 3 orang peserta yang secara lansung telah mengisi maklumat kehadiran di google form yang telah disediakan.
Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
- Peserta didedahkan dengan pengenalan Skim Perlindungan MySalam.
- Peserta juga didedahkan dengan sistem semakan kelayakan MySalam dan pendaftaran penama untuk pertama kalinya.
- Peserta diajar proses membuat tuntutan.
- Peserta diseru agar dapat memuatnaik dokumen yang betul seperti yang diminta dalam sistem MySalam untuk mengelakkan tuntutan anda ditolak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: